AGP(ACCELERATED GRAPHICS PORT)











Apa pentingnya kad video?


Tanpa kad video dalam komputer, monitor secanggih manapun tidak akan berfungsi. Kad video memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke monitor. Kad video slot tambahan mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut. Ada berbagai-bagai jenis kad video yang boleh dipilih kini. Kad video jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan lagi, Tren sekarang, kad video dibina terus dalam papan induk. Cara ini menjimatkan kos kepada pengeluar dan dimanfaat oleh pengguna biasa yang tidak memeriukan kecanggihan paparan. Permainan komputer memerlukan kad grafik yang boleh mengeluarkan efek 3D (3 dimensi). 3D ialah paparan grafik yang menampakkan emej secara blok dan seperti hidup. Kad jenis AGP (Accelerated Graphics Port) dan slot AGP dibuat bagi melaksanakan hasrat pengguna yang inginkan paparan canggih dan kepantasan penghantaran data graflk. Permainan 3D dapat dimainkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik untuk dipilih seperti kad grafik GeForce2 GTS atau GeForce2 Ultra dan lain-lain lagi, terpulang kepada kemampuan dan keperluan melaksanakan tugas.

Tiga aspek kad video yang harus diketahui iaitu ciri-ciri yang ada pada kad, 2D dan 3D. Ciri-ciri kad yang dimaksudkan seperti ada output TV atau kemampuan menyunting rakaman video. 2D dikaitkan dengan tugasan biasa yang dilakukan seperti membuka dokumen atau mempamerkan laman web. 3D pula berkaitan permainan komputer 3 dimensi. Jumiah RAM di kad grafik harus diberi perhatian mengikut tugasan yang hendak dilakukan. Kad graflk dengan RAM sebanyak 16MB memadai bagi menepati permintaan program yang memerlukan kepantasan beroperasi. Kini setengah kad graflk diletakkan sebanyak 128MB jenis DDR (double-data-rate) RAM untuk melaksanakan tugas berat itu.


Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP


Kad video slot ISA sudah pupus. Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang sama. Kini kad grafik slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap pengguna yang berminat dengan permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM atau disket.

Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai contoh, sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup semasa komputer dihidupkan





Kad VGA bersepadu


Semasa membuat pembelian kad video atau kad VGA (video graphic adapter), pastikan dibekalkan manual dan fail driver perkakasan sama ada dalam bentuk CD-ROM atau disket.

Papan induk yang mempunyai kad video bersepadu (intergrated), kabel sambungan khas dibekalkan seperti dalam rajah .

Akhir sekaii, pastikan jenama kad seperti contoh gambar dalam bulatan 4. sama dengan disket atau CD-ROM untuk pemasangan yang betul dan tepat nanti.