RAM(RAMDOM ACCESS MEMORY)




Memory(RAM)

RAM akronim bagi random access memory bertindak sebagai satu jenis memori dinamik (dynamic) bagi CPU dapat menyimpan Data ringkas dan mengambilnya dengan cepat tanpa bantuan terus dari cakera keras. Penyimpanan data di kad RAM bersifat sementara, bila komputer ditutup, semua maklumat akan terpadam. Penggunaan ruang RAM dilakukar oleh sistem dan bukan pengguna.

JENIS SLOT RAM

SIMM (72 pin) bererti single in-line memory module iaitu sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SIMM RAM. RAM jenis EDO (extended data out) ini dilekatkan di slot SIMM di papan induk, biasanya berpasangan iaitu 16MB dengan 16MB atau 32MB dengan 32MB.

DIMM (168 pin) bermaksud double in-line module, sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SDRAM dan dilekatkan sendirian di slotnya. SDRAM datang dengan kapasiti 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan 256MB.


RAM Terkini

Ada tiga jenis RAM atau memori sekarang ini iaitu SDRAM, DDR-DRAM dan RDRAM. Pemilihan RAM harus bersesuaian dengan papan induk Yang hendak digunakan. Kemampuan BIOS dan cipset di papan induk menentutkan jenis RAM yang serasi. Firmware (perisian tegar) BIOS ialah perisian kecil digunakan semasa rutin startup, sentiasa diubah atau ditingkatkan oleh pengeluar bagi menampung pelbagai RAM Yang kian canggih kini. Penerangan ketiga-tiga RAM tentang erti, kelajuan bas dan jenama seperti berikut:

SDRAM bererti synchronous dynamic RAM, terdapat pada kebanyakan papan induk Celeron dan Pentium III. Dari segi harga ia paling murah di antara ketiga-tiga RAM dan sederhana semasa operasi. Kelajuan bas RAM ialah 100MHZ (PC100) dan 133MHz (PC133). Kapasiti SDRAM, antaranya 64MB, 128MB dan 256MB. Jenama SDRAM Yang popular seperti Hitachi, Kingmax, Kingston dan Takei.

DDR-DRAM bererti double-data-rate synchronous dynamic RAM sebenarnya sambungan dari - SDRAM tetapi dua kali ganda lebih laju. Ia mempunyai 184 pin dengan kelajuan penghantaran data sebanyak 1600Mbps bagi RAM PC1600 menggunakan detik memori (memory clock) 100MHZ dan 2100MBps bagi RAM PC2100 dengan detik memori 133MHz. Papan induk harus mampu menyokong RAM jenis ini untuk mendapatkan kebaikan RAM berkenaan, jika tidak ia beroperasi pada kadar biasa atau lebih teruk dari SDRAM sendiri.

RDRAM bererti Rambus dynamic RAM, ia lebih mahal dari kedua-dua RAM di atas tetapi lebih laju dari DDR-DRAM. Kelajuan bas RDRAM pada tahap 40OMHZ dan ia digunakan bersama CPU Pentium 4 (P4) dengan papan induk Socket 423. Kini terdapat papan induk Socket 478 untuk CPU P4 bagi menyokong SDRAM dan ini satu petanda baik. Jenama RDRAM seperti Micro, Samsung dan Kingmax dan berkapasiti di antara 64MB hingga 128MB.