KABEL IDE(RIBBON CABLE)









CAKERA KERAS(HARDDISK)






















Cakera keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu pointer membaca, menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya. Piring ini tersimpan di dalam satu bekas kejap bagi mengelakkan dari debu, habuk, asap dan sebagainya.

Ciptaan canggih ini ada banyak kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya. Pertama, ia tidak boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pergerakannya harus cermat. Kedua, semasa operasi, penutupan yang mengejut boleh membantu menambah kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan 'bad sector' atau sektor rosak. Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga akhir hayatnya. Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer terutama dengan sistem operasi jenis Windows. Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini. Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi. Pencarian fail akan menjadi cepat dan boleh memanjangkan umurnya. Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras. Keempat, pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah kipas aksesori di atas cakera keras untuk penyejukan yang padu.

Pemacu cakera keras di atas dibuka untuk melihat komponen-komponen yang ada di dalamnya sebagai demo sahaja. Ia tidak harus dibuka sama sekali.

ciri-ciri cakera keras seperti berikut:

RPM bermaksud pusingan seminit atau revolution per minute. Kelajuan cakera keras kini sama ada 5400 atau 7200 pusingan seminit (rpm). Dengan lain perkataan, lebih laju pusingan cakera keras lebih cepat informasi dapat dicari.
Seek time bererti waktu diambil oleh kepala tulis dan baca tergerak (read/write head) ulang-alik dalam mencari balapan (track) tepat di mana data disimpan.
Transfer rate bermaksud ukuran kelajuan cakera keras melakukan penghantaran data ke komputer.




CAKERA LIUT(FLOPPY DISK)























Pemacu cakera liut 1.44Mb memerlukan disket bila beroperasi sama ada untuk membaca, menulis dan memadam. Kerosakan perkakasan berkenaan biasanya ia tidak boleh membaca disket dan harus dicuci dengan cecair kimia khas yang boleh dibeli di kedai-kedai servis komputer. Kalau tidak berjaya, sambungan kabel reben antara pemacu dan papan induk diperiksa sama ada ia tidak dimasukkan dengan kemas. Periksa di Menu CMOS untuk memastikan pemacu cakera tidak di sekatkan dari beroperasi. Sekiranya sudah habis ikhtiar, nampaknya pilihan terakhir mengantikannya dengan yang baru.

Penjagaan pemacu cakera liut

Cara #1:
Satu atau dua titik cecair kimia seperti rajah di atas memadai untuk mencuci pemacu disket. Dapatkan prom DOS, pilih pemacu A dan setelah masukkan disket pencuci, tekan Enter.

Cara # 2:
Sekiranya sudah dalam Windows, klik ikon My Computer untuk dapatkan paparan senarai komponen dalam sistem operasi, masukkan disket pencuci di pemacu A dan klik ikon berkenaan untuk ia beroperasi.