Melaksanakan setiap arahan dalam komputer dan juga mengawal setiap
operasi didalam komputer.
Harus diingat CPU saja tidak memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada keseluruhan sistem dari segi perkakasan dan sistem operasi.
Sekiranya RAM yang digunakan sedikit dan kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan beroperasi secara optimum.
Papan induk memainkan peranan penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis RAM yang boleh digunakan,
tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya. Pilihan perkakasan harus serasi dan sesuai terutama di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya.